Nintendo telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan pilihan warna baharu untuk Switch Lite iaitu warna biru. Ia akan tiba pada 21 Mei 2021 yang menurut mereka bersama dengan pelancaran permainan Miitopia (dipasarkan secara berasingan).

Hadirnya warna biru ini menjadikan Switch Lite kini mempunyai lima pilihan warna berbeza (tidak termasuk rekaan khas seperti Edisi Zacian & Zamazenta) iaitu Kuning, Kelabu, Pirus dan Merah Jambu ataupun Coral. Ia akan ditawarkan dengan harga yang sama iaitu $199.99 (~RM826).

Walaupun Nintendo Switch tidak pernah dilancarkan secara rasmi di Malaysia, akan tetapi berkemungkinan besar kedai-kedai permainan video tempatan akan membawa pilihan warna baharu ini apabila ia dilancarkan kelak.

Sohor Kini