Acer Asia Pasifik Predator League 2020/21 telah berjaya dianjurkan pada 6 April sehingga 11 April, yang telah dianjurkan sepenuhnya secara dalam talian. Ia adalah berbeza berbanding pengajuran untuk kejohanan sebelum-sebelum ini, tetapi selepas dibatalkan pada tahun lepas, dan pandemik Covid-19 masih menjadi masalah, Acer telah memilih untuk meneruskan secara dalam talian.

Kejohanan yang berlangsung hampir seminggu ini melibatkan dua permainan iaitu Dota 2 dan juga PUBG dan melibatkan 26 pasukan iaitu 10 untuk Dota 2 dan 16 untuk PUBG, daripadanya 5 pasukan mewakili Malaysia.

Bagi permainan Dota 2, TNC Predator dari Filipina telah menjadi juara dan membawa pulang hadiah tunai $50 ribu. Ia diikuti oleh Neon Esports yang juga dari Filipina dan Boom Esports dari Indonesia. Pasukan dari Malaysia, Galaxy Racer terkeluar pada pusingan ketiga untuk bracket bawah selepas dua kali tewas kepada TNC Predator. Manakala dua lagi pasukan Malaysia iaitu Team Star dan Team Mystery tewas di pusingan satu dan dua untuk bracket bawah kepada Galaxy Racer.

Manakala untuk permainan PUBG pula, ia dimenangi oleh Eagle 365 dari Indonesia dan membawa pulang hadiah tunai $37,500. Ia diikuti oleh Cerberus Esports dan Team NO1 yang kedua-duanya dari Vietnam. Manakala dua pasukan Malaysia iaitu Battle Arena Elites berada di tempat ke-8 dan Boss Gold di tempat ke-16.

Acer juga telah mengumumkan yang Acer Predator League akan kembali pada tahun hadapan, dan ia dianjurkan di Jepun, jika tiada halangan, ia akan kembali dianjurkan luar talian.

Sohor Kini