WWE 2K22 Diumumkan Secara Rasmi, Kembali Selepas Setahun Bercuti

2K Games semasa acara Wrestlemania 37 telah mengumumkan yang WWE 2K22 akan dikeluarkan pada tahun ini selepas tidak mengeluarkan WWE 2K21 pada tahun ini. Pengumuman tersebut dilakukan melalui satu video ringkas yang memfokuskan kepada Rey Mysterio.

Mereka telah mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan WWE 2K21 pada tahun lepas adalah untuk memberi masa kepada Visual Concept yang baru sahaja mengambil tanggungjawab membangunkan permainan ini dari Yuke’s. Ia juga adalah kerana prestasi yang kurang baik untuk WWE 2K20.

Buat masa ini tidak disahkan lagi tarikh pelancaran, namun ia sudah semestinya satu permainan yang penting untuk menentukan masa depan bagi siri ini.

Sohor Kini