Destroy All Humans! Akan Dilancarkan Untuk Switch Pada 29 Jun

THQ Nordic telah mengumumkan yang permainan Destroy All Huamns! yang dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada tahun lepas akan dikeluarkan untuk Switch iaitu pada 29 Jun 2021. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Destroy All Humans! ini merupakan permainan olahan semula untuk permainan berjudul sama yang dikeluarkan pada tahun 2005. Melalui permainan ini, pemain akan bermain sebagai seorang makhluk asing yang bernama Crypto dan pemain akan memburu dan menakluk bumi dengan membuat kacau di dalam permainan ini.

Kami sebelum ini sudah mencuba permainan ini, dan anda boleh membaca ulasan melalui pautan ini. Ia adalah permainan penambah-baikkan yang baik akan tetapi bentuk permainan terasa ketinggalan zaman.

Sohor Kini