Jason Schreier melalui Bloomberg telah mengeluarkan satu laporan berkait dengan layanan yang tidak baik untuk studio-studio kecil di PlayStation Studio di mana mereka menjadi pembantu kepada studio-studio utama sahaja berbanding hadir dengan permainan tersendiri.

Antara contoh yang diberikan oleh laporan tersebut adalah Visual Arts Service Group yang merupakan studio kecil di dalam Sony dikatakan sedang membangunkan The Last of Us Remake untuk PlayStation 5 akan tetapi Sony telah memindahkan projek tersebut kepada studio asal iaitu Naughty Dog.

Perkara tersebut telah mengakibatkan pihak pengurusan untuk Visual Arts Service Group berpecah dan ada daripada mereka meninggalkan Sony secara terus. Selain itu, Jason Schreier juga telah mengatakan Bend Studio iaitu pembangun untuk Days Gone ada berkemungkinan akan menjadi studio di bawah Naughty Dog iaitu Naughty Dog North.

Sohor Kini