Disgaea RPG Dilancarkan Pada 12 April Untuk iOS Dan Android

Boltrend Games mengumumkan yang permainan mudah alih Disgaea RPG akan dilancarkan secara global pada 12 April ini untuk iOS dan juga Android. Ia adalah permainan RPG berdasarkan IP permainan strategi Disgaea. Ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Permainan ini akan membawa pelbagai watak daripada siri permainan Disgaea di mana pemain berpeluang untuk mendapatkannya melalui sistem Gacha. Berbanding bentuk perlawanan strategi, ia membawa pertempuran mengikut turutan. Ia akan membawa penceritaan tersendiri khusus untuk permainan ini.

Disgaea RPG telah dikeluarkan di Jepun pada bulan Mac tahun lepas, tetapi telah mengalami pelbagai masalah dan perlu diperbaiki sebelum dikeluarkan semula pada bulan November.

Sohor Kini