Bandai Namco telah melancarkan Pac-Man 99 untuk Nintendo Switch, ia adalah permainan Battle Royale Pac-Man yang membolehkan pemain untuk bersaing dengan 98 pemain lain. Ia ditawarkan secara percuma untuk pelanggan Nintendo Switch Online. Namun, mereka juga melancarkan DLC berbayar yang menyertakan mod baharu serta tema.

Deluxe Pack ditawarkan dengan harga $29.99 yang menyertakan kesemua mod dan juga tema. Selain itu, ia juga ditawarkan secara berasingan iaitu Mode Unlock dengan harga $14.99 dan tema setiap satunya ditawarkan dengan harga $1.99.

Mode Unlock menyertakan 4 mod iaitu Private Match, CPU Battle, Score Attack dan Blind Time Attack. Tema pula mereka menyediakan 20 tema berbeza.

Sohor Kini