Hori Bakal Hadir Dengan Tikar Khusus Untuk Ring Fit Adventure

Ring Fit Adventures berbanding satu permainan video ia boleh dikatakan sebagai satu aksesori untuk senaman, namun satu aksesori yang tidak disertakan adalah tikar senaman yang sangat digalakkan untuk sesi senaman setempat. Hori iaitu pengeluar aksesori permainan video telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan tikar khusus untuk Ring Fit Adventures.

Tikar yang mempunyai dimensi 180cm x 61cm boleh dilampirkan dengan dua saiz berbeza bergantung kepada jenis senaman yang dilakukan. Ia mempunyai ketebalan 4mm, ataupun 8mm jika dilipat untuk memberi ketahanan yang mencukupi terutama Ring Fit yang melibatkan larian setempat yang berterusan.

Hori Ring Fit Mat ini akan tiba pada 30 Jun 2021 di Jepun, dengan harga Yen 5,980 (~RM226). Ia mungkin akan dibawa secara tidak rasmi oleh kedai-kedai permainan video di Malaysia.

Sohor Kini