Bethesda telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan The Elder Scrolls Online untuk PlayStation 5 dan Xbox Series pada 8 Jun 2021, bagi pemilik The Elder Scrolls Online di PS4 ataupun Xbox One, mereka boleh mendapatkan naik taraf ini secara percuma. Selain versi baharu ini, ia juga akan dilancarkan bersama dengan penambahan Blackwood Chapter dan Update 30.

Melalui versi khusus untuk konsol terbaru ini, ia akan menyokong kadar kelancaran yang lebih tinggi iaitu 60FPS bersama dengan penambah-baikkan grafik lain seperti draw distance, antialiasing, ambient occlusion, peningkatkan tekstur dan kadar kelajuan pemuatan.

The Elder Scrolls Online sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Stadia dan juga PC. Ia juga ditawarkan untuk pelanggan Xbox Game Pass untuk Xbox.

Sohor Kini