3 Out Of 10: Season Two Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store menawarkan satu permainan percuma iaitu 3 out of 10: Season Two yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 15 April 2021. Anda boleh menebus permainan tersebut melalui pautan ini.

3 out of 10: Season Two adalah permainan pengembaraan yang menyertakan pelbagai permainan mini. Ia dibangunkan oleh Terrible Posture Game, dan merupakan permainan susulan untuk 3 out of 10 Season One yang dikeluarkan pada tahun lepas, ia juga pernah ditawarkan secara percuma di Epic Games Store.

Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menawarkan tiga permainan percuma pula iaitu Deponia: The Complete Journey, Ken Follett’s The Pillars of the Earth dan The First Tree.

Sohor Kini