Melalui kemaskini 1.3 untuk PUBG Mobile yang sudah mula tiba untuk semua pemain, Tencent telah membawa peta Karakin ke versi mudah alih. Peta Karakin pada tahun lepas telah dikeluarkan untuk PUBG dan membawa sesi permainan yang lebih pantas. Dengan pengenalan peta baharu ini, peta Vikendi tidak lagi boleh dipilih untuk mod Classic.

Selain peta, mereka juga memperkenalkan pelbagai fungsi baharu untuk memberi kelainan kepada sesi permainan. Berikut adalah antara yang disertakan;

  • Mekanik Baharu: Demolition Zone – Ia akan menyertakan satu circle baharu yang bewarna ungu, bangunan yang terdapat di circle tersebut mungkin akan dihancurkan dan membunuh kesemua pemain yang berada di dalam.
  • Mekanik Baharu: Peluru Menembus Dinding Nipis – Pemain kini boleh menembak menembusi dinding nipis yang terdapat di Karakin untuk memberi strategi baharu kepada pemain.
  • Senjata Baharu: The Sticky Bomb – Pemain boleh membaling bom yang akan melekat di dinding. Ia boleh digunakan untuk menyerang, dan juga menghasilkan ruangan baharu untuk menembak dengan memecahkan dinding.
  • Senjata Baharu: The Panzerfaust – pelancar roket yang boleh digunakan sekali sahaja, ia akan dijatuhkan di peta Karakin. Ia boleh mencederakan lawan di satu kawasan ataupun memecahkan dinding.

PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android, ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Pada suku pertama tahun ini, ia telah menjadi permainan dengan kutipan tertinggi untuk permainan mudah alih.

Sohor Kini