GungHo melalui kemaskini pembangun telah mengumumkan yang permainan Ninjala akan menerima kandungan berdasarkan Monster Hunter Rise yang baru sahaja dikeluarkan untuk Switch dengan pencapaian yang sangat baik. Menurut mereka kandungan tersebut akan tiba pada akhir bulan ini.

Berikut adalah antara kandungan yang tiba bermula pada 27 April sehingga 26 Mei;

  • Tiga Avatar iaitu dengan gaya Kamura, Rathalos, dan Aknosom
  • Tiga Emotes iaitu BBQ Success, BBQ Fail, dan Weapon Sharpening
  • Hiasan MHRise 2 IPPON yang menyertakan Palico dan Palamute
  • Dua Gum Utsusemi berdasarkan Palico dan Palamute
  • Baju Monster Hunter
  • Pelekat Palico untuk semua pemain yang log masuk

Ninjala telah pun dilancarkan di konsol Switch secara percuma. Bagi anda yang berminat, ia boleh dimuat-turun melalui Nintendo eShop.

Sohor Kini