Pada tahun lepas, permainan mudah alih telah menjana pendapat keseluruhan sebanyak $79.5 bilion (~RM320 bilion) dan pada tahun ini, ia terus memperlihatkan peningkatan yang ketara. Sensor Tower telah menganggarkan yang permainan mudah alih telah menjana pendapatan sebanyak $22.2 bilion (~RM91 Bilion) untuk suku pertama bagi tahun ini. Ia adalah peningkatan sebanyak 25% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Daripada jumlah tersebut, $13 bilion (~RM53 bilion) adalah melalui App Store dan selebihnya di Play Store akan tetapi Sensor Tower tidak mengambil kira pengguna Android yang menggunakan gedung aplikasi pihak ketiga, terutama untuk pengguna di China di mana Play Store tidak hadir secara rasmi.

Mengikut permainan pula, secara keseluruhan PUBG Mobile, Arena of Valor dan Genshin Impact adalah tiga permainan dengan penjanaan tertinggi untuk kedua-dua platform. Namun, jika mengambil kira jumlah untuk Play Store sahaja, tiga permainan tertinggi adalah Coin Master, Lineage M, dan Lords Mobile.

Sohor Kini