Venture Beat dan Jeff Grubb telah mengatakan yang Kojima Productions dan juga Microsoft sedang berbincang untuk menjadikan pengeluar Xbox tersebut sebagai penerbit untuk permainan seterusnya oleh mereka. Ia adalah berdasarkan sumber dalaman, akan tetapi buat masa ini tidak disahkan jika perbincangan tersebut telah diselesaikan.
Selepas Hideo Kojima keluar daripada Konami dan menjadikan studionya Kojima Production beroperasi secara kendiri mereka telah berkerjasama dengan PlayStation untuk permainan Death Stranding, dan kini tampaknya mereka beralih kepada Microsof mungkin kerana untuk mengambil kelebihan Xbox Game Pass. Microsoft juga sebelum ini dilaporkan menambah fokus mereka untuk bekerjasama dengan pembangun dari Jepun.
Maklumat mengenai permainan baharu oleh Kojima Productions masih sedikit, namun pada akhir tahun lepas mereka telah mengesahkan yang sedang membangunkan satu permainan baharu dan sedang cuba mengisi pelbagai jawatan kosong untuknya.