Skip to main content

Rachel Hofstetter atau lebih dikenali sebagai “Valkyrae” merupakan strimer yang meningkat popularitinya sejak beberapa tahun yang lepas, dan beliau juga telah memenangi anugerah Pencipta Kandungan Terbaik semasa The Game Awards pada tahun lepas. Hari ini, beliau telah mengumumkan satu lagi pencapaian yang baik untuk dirinya apabila telah menjadi pemilik bersama untuk 100 Thieves.

100 Thieves buat masa ini mempunyai pasukan untuk permainan League of Legends, Fortnite, Call of Duty dan Valorant, ia juga mempunyai 17 pencipta kandungan termasuk juga Valkyrae sendiri yang menyertai kumpulan tersebut pada 3 tahun lepas.

Melalui pengumuman yang dikongsi-kan di Twitter, beliau juga mengatakan berbangga untuk menjadi wanita pertama yang menjadi pemilik bersama untuk pasukan esukan. Beliau akan menjadi pemilik bersama dengan Jack Dunlop (Courage), Nadeshot, Scooter Braun, Dan Gilbert dan penyanyi popular Drake.

Anda boleh tonton penstriman Valkyrae di Youtube selepas beliau menandatangani perjanjian dengan Google untuk strim secara eksklusif di platform tersebut, beralih dari Twitch pada Januari tahun lepas.

Leave a Reply