Blizzard telah mengumumkan yang mereka akan memberi peluang kepada pemain untuk mencuba dengan lebih awal Diablo II Resurrected melalui versi teknikal alfa. Sesi percubaan ini akan bermula pada 8 April sehingga 10 April 2021 dan pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini, ia adalah untuk versi PC sahaja.

Melalui sesi ini, pemain berpeluang untuk mencuba Act I dan Act II permainan tersebut dan boleh menggunakan watak Amazon, Barbarian dan Sorceress. Pemain boleh bermain tanpa had tahap akan tetapi kemajuan ini tidak akan dibawa kepada permainan penuh. Ia juga hanya menyertakan mod permainan solo.

Mereka sebelum ini telah mengumumkan Diablo II: Resurrected ini akan dikeluarkan untuk hampir semua platform iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan juga PC. Ia akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini