Overwatch Archives merupakan acara masa terhad yang diperkenalkan oleh Blizzard untuk permainan Overwatch. Melaluinya, ia akan membawa kembali acara-acara masa terhad yang lepas untuk memberi peluang kepada pemain untuk mencubanya dan juga mendapatkan barangan-barangan kosmetik lepas.

Bagi tahun ini, acara Overwatch Archives sudah bermula pada 6 April 2021 sehingga 27 April 2021. Berikut adalah acara dan juga barangan kosmetik yang boleh diperoleh;

  • Sistem Ganjaran Baharu
    • Berbanding mengira kemenangan, pemain akan mendapat Star dengan sekadar bemain
    • Misi yang lebih sukar akan mendapat bintang yang lebih banyak
    • Setiap ganjaran memerlukan jumlah Star yang berbeza iaitu 10/20/30
  • Minggu 1
    • Dapat gandaan kredit untuk Uprising Mission
    • Tiga mod permainan: Molten Cores, Glass Cannon dan Bulletproof Barriers
    • 10 Star (Icon), 20 Star (Penyembur) dan 30 Star (kostum Corredor Lucio)
  • Minggu 2
    • Dapat gandaan kredit untuk Retribution Mission
    • Tiga mod permainan: Surgical Striker, Close Quarters dan Sympathy Gains
    • 10 Star (Icon), 20 Star (Penyembur) dan 30 Star (kostum Subaquatic Zenyatta)
  • Minggu 3
    • Dapat gandaan kredit untuk Storm Rising
    • Tiga mod permainan: Blood Moon, Storm Raging, dan Thunderstorm
    • 10 Star (Icon), 20 Star (Penyembur) dan 30 Star (kostum Camouflage Mercy)

Selain itu, mereka juga akan memperkenalkan barangan kosmetik baharu seperti berikut;

  • 5 Kostum Legendary
    • Cavalry Tracer
    • Mousquetaire Widowmaker
    • 1776 Soldier: 76
    • Polyanitsa Zarya
    • Bushi Genji
  • 3 Kostum Epic
  • Icons dan Penyembur

Overwatch telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Blizzard juga telah mengumumkan Overwatch 2 sebeum ini, tetapi tidak akan tiba pada tahun ini.

Sohor Kini