Pada awal bulan ini, Xbox Game Pass telah menerima Outriders iatiu permainan baharu dilancarkan oleh Square Enix, pada pertengahan bulan ini, ia juga akan menerima MLB The Show 21 yang juga permainan baharu. Selain itu, Microsoft juga akan menyertakan permainan seperti Grand Theft Auto V, Zombie Army 4: Dead War dan manakala melalui EA Play, NHL 21 juga akan disertakan.

Berikut adalah permainan lain yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass pada awal dan pertengahan bulan ini;

  • Grand Theft Auto V (Xbox, xCloud) – 8 April
  • Zombie Army 4: Dead War (Xbox, xCloud, PC) – 8 April
  • NHL 21 (Xbox) – 12 April
  • Rain on Your Parade (Xbox, xCloud, PC) – 15 April
  • Pathway (PC) – 15 April
  • MLB The Show 21 (Xbox, xCloud) – 20 April

Selain itu, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 15 dan 16 April;

  • Deliver Us the Moon
  • Gato Roboto
  • Wargroove
  • Madden 15
  • Madden 16
  • Madden 17
  • Madden 18
  • Madden 25
  • NHL 18
  • NHL 19

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini