Skip to main content

Seperti mana yang dilaporkan oleh VGC sebelum ini, ESA telah mengesahkan yang acara E3 pada tahun ini akan dilangsungkan sepenuhnya secara digital. Mereka juga mengumumkan yang acara tersebut akan menyertakan penerbit permainan seperti Nintendo, Xbox, Capcom, Konami, Ubisoft, Take-Two, Warner Bros dan Koch Media.

Daripada senarai tersebut, ia tidak menyertakan beberapa nama besar seperti Sony, EA, dan Square Enix. Sony sudah tidak menyertai E3 sejak tahun 2019 lagi, tidak mengejutkan jika mereka sekali lagi tidak menyertainya dan mereka juga telah mempunyai acara sendiri seperti State of Play. Manakala EA dan Square Enix, mereka juga telah mempunyai acara tersendiri.

Menurut ESA, semasa E3 nanti, penerbit ini berkongsi berita terbaru daripada mereka dan mereka akan menyediakan kesemua kandungan ini kepada semua secara percuma. Menurut Gameindustry, ia juga turut menyertakan sesi untuk media sahaja dan menggunakan teknologi penstriman.

Leave a Reply