Apple hari ini mengumumkan yang siri Apple TV+ Mythic Quest akan menerima satu episod tambahan iaitu “Everlight” yang akan tiba pada 16 April ini. Episod baharu ini akan memfokuskan kepada mereka kembali ke pejabat selepas terpaksa bekerja dari rumah akibat pandemik.

Ia boleh dikatakan sebagai sambungan untuk episod khas yang memperlihat mereka bekerja dari rumah iaitu episod “Quarantine” yang dikeluarkan pada Mei tahun lepas. Episod Everlight ini juga akan menjadi perantaraan kepada musim kedua yang akan tiba pada 7 Mei ini.

Mythic Quest merupakan satu siri yang memfokuskan kepada studio pembangunan permainan video, pada musim pertama mereka memfokuskan mereka membangunkan penambahan pertama untuk permainan MMORPG Mythic Quest, manakala pada musim kedua nanti, mereka akan membangunkan penambahan kedua iaitu Sea of Nails. Anda boleh tonton ulasan untuk musim pertama di bawah.

Sohor Kini