TiMi, syarikat pembangun permua milik Tencent yang telah membangunkan permua-permua seperti Call of Duty Mobile dan Honor of Kings baru-baru ini melaporkan pendapatan setinggi $10 bilion pada tahun 2020.

Syarikat ini bukanlah nama yang dikenali ramai, tetapi permua Call of Duty Mobile rata-ratanya dikenali semua orang. Honor of Kings juga diantara permua paling popular yang dimainkan di China.

Nilai pendapatan ini, menurut Reuters menjadikan TiMi diantara pembangun permainan yang paling tinggi pendapatannya pada tahun lepas. Sebagai contoh, Activision-Blizzard mencatatkan pendapatan sekitar $8 juta pada tahun lepas, dimana TiMi mempunyai nilai pendapatan yang lebih tinggi daripada pembangun permainan AAA tersebut.

Dalam pada itu, Tencent sendiri mencatatkan pendapatan keseluruhan daripada industri permainan video dan permua setinggi $23.8 bilion melalui semua studio-studio dibawah kendalian mereka, dan yang paling menarik ialah separuh daripada pendapatan tersebut didapati melalui satu studio sahaja.

Dalam pada itu, TiMi kini sedang dalam proses membangunkan sebuah lagi permua dengan tajuk popular, iaitu Metal Slug Code: J untuk platform Android dan iOS yang diumumkan pada pertengahan tahun lepas.

Industri permua kini dilihat sebagai medan peluang untuk banyak pembangun-pembangun permainan, khususnya kerana peranti-peranti ini dibawa kemana-mana dan senang untuk digunakan oleh orang ramai.

Sohor Kini