Tidak mengambil masa yang lama selepas mengumumkan yang Monster Hunter Rise telah diedarkan sebanyak 4 juta unit selepas 3 hari dilancarkan, Capcom telah mengumumkan yang ia diedarkan sebanyak 5 juta unit selepas seminggu dikeluarkan. Menjadikan Rise sebagai antara permainan Monster Hunter paling laris terutama untuk pengeluaran di satu konsol.

Monster Hunter Rise meneruskan penerimaan yang baik untuk siri Monster Hunter selepas pelancaran Monster Hunter World di PlayStation 4, Xbox One dan PC sebelum ini. Capcom pada akhir tahun lepas mengatakan yang siri Monster Hunter telah terjual sebanyak 66 juta unit, dengan pencapaian Rise ia sudah semestinya telah melebihi 70 juta unit.

Monster Hunter Rise sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan akan dikeluarkan untuk PC pada awal tahun 2022.

Sohor Kini