Skip to main content

Undawn adalah permainan mudah alih ketahanan hidup baharu yang dibangunkan oleh Lightspeed & Quantum Studios iaitu studio pembangunan di bawah Tencent. Garena semasa acara Garena World telah mengumumkan yang mereka akan membawa permainan tersebut ke pasaran Malaysia.

Melalui Undawn pemain boleh mengembara di dalam dunia terbuka untuk mencari pelbagai barangan bagi memastikan dapat bertahan. Ia boleh dimainkan secara berseorangan ataupun bersama rakan. Ia akan menyertakan mod PvP dan juga PvE.

Undawn buat masa ini masih di peringkat pra-alfa dan Garena mengumumkan yang ia akan tiba sekitar tahun ini. Jika anda ingin mencuba versi pra-alfa anda boleh mendaftar-nya di pautan ini.

Leave a Reply