Virtua Fighter 5 merupakan permainan terbaru yang dikeluarkan bagi siri permainan perlawanan mereka, walaupun terbaru ia sudah dikeluarkan lebih 15 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2006 untuk arked dan pada tahun 2007 untuk PlayStation 3. Berdasarkan penyenaraian di Agensi Penarafan Korea, Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown tampaknya akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan juga mungkin konsol-konsol lain.

Pada acara Tokyo Game Show tahun lepas, Sega telah mengumumkan sesuatu yang berkait dengan Virtua Fighter akan tetapi ia memfokuskan kepada esukan, tidak disahkan lagi jika pengumuman tersebut berkait dengan permainan ini. Walaupun tidak dikeluarkan secara rasmi, Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown boleh dimainkan melalui permainan mini arked di dalam permainan Yakuza 6 dan juga Yakuza: Like a Dragon.

Berdasarkan permainan-permainan sebelum ini, permainan yang tersenarai di Agensi Penarafan merupakan permainan yang akan dikeluarkan. Oleh itu, kita mungkin boleh menjangkakan pengumuman lanjut mengenainya oleh Sega dalam masa terdekat.

Sohor Kini