Skip to main content

Genre muzik pop korea ataupun lebih dikenali sebagai K-Pop adalah sesuatu yang terus menjadi popular. Tidak mengejutkan jika kandungan berdasarkan-nya telah disertakan di dalam pelbagai medium lain termasuk juga permainan video. Permainan seperti League of Legends contohnya, telah mempunyai kumpula K-Pop sendiri iaitu K/DA.

Minggu ini, giliran Behaviour Interactive untuk membawa kandungan berdasarkan K-Pop ke dalam permainan mereka iaitu Dead by Daylight. Mereka memperkenalkan pembunuh baharu iaitu Ji-Woon Hak ataupun The Trickster yang merupakan penyanyi pada siang hari dan pembunuh pada waktu malam. Manakala survivor pula adalah Yun-Jin Lee yang merupakan pengurus untuk The Trickster.

The Trickster mempunyai kebolehan “Showstopper” yang akan menjadikan dirinya lebih berkuasa, dia juga boleh membaling pisau satu persatu dengan lebih tepat, ataupun dengan terus menerus dengan kelajuan yang lebih tinggi. Penambahan All-Kill ini sudahpun boleh didapati secara berasingan dengan harga lebih kuran RM17.50 mengikut platform.

Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Leave a Reply