Pada tahun lepas, kartrij permainan Super Mario Bros telah menjadi permainan yang paling mahal dilelong dengan nilai sebanyak $114 ribu (~RM485 ribu), rekod tersebut telah diatasi oleh kartrij untuk Super Mario 3 yang terjual sebanyak $156,000 (~RM645 ribu) pada November tahun lepas, dan kini ia tampaknya kembali kepada permainan Super Mario Bros.

Satu lagi unit kartrij untuk Super Mario Bros telah terjual sebanyak $660,000 (RM2.7 juta) menurut perkongsian oleh Heritage Auctions. Menurut penjual, kartrij tersebut telah dibeli pada tahun 1986 akan tetapi tidak pernah dibuka kerana ia tersimpan di dalam laci. Syarikat penilaian permainan telah memberi skor 9.6 untuk keadaan kartrij tersebut. Menjadikan ia adalah keadaan terbaik yang pernah didapati.

Antara yang menjadi unit ini menarik adalah ia merupakan unit yang dikeluarkan pada 1986, di mana setahun kemudian Nintendo telah mengubah rekaan untuknya menjadikan ia adalah sesuatu yang sangat unik terutama dalam keadaan yang baik dan tidak pernah dibuka.

Sumber: CNN

Sohor Kini