Apple hari ini telah mengumumkan dua kategori baharu untuk Apple Arcade iaitu Timeless Classics dan App Store Greats menyertai Apple Arcade Originals yang menjadi fokus utama Apple Arcade sebelum ini.

Melalui kategori Timeless Classics mereka menyertakan permainan-permainan mudah alih klasik. Berikut adalah antara permainan yang disertakan di bawah kategori ini;

  • Backgamon
  • Checkers Royal
  • Chess – Play and Learn
  • Flipflop Solitaire
  • Good Sudoku
  • Leo’s Fortune
  • Mahjong Titans
  • Really Bad Chess
  • Solitaire by MobilityWare
  • SpellTower
  • Sudoku Simple
  • Tiny Crossword

Manakala bagi kategori App Store Greats pula mereka membawa permainan-permainan popular di App Store, tetapi segala pembelian di dalam aplikasi akan dibuang, memberi pengalaman penuh secara terus. Berikut adalah antara yang disertakan;

  • Badland
  • Blek
  • Chameleon Run
  • Don’t Starve: Pocket Edition
  • Fruit Ninja Classic
  • Mini Metro
  • Monument Valley
  • Reigns
  • The Room Two
  • Threes!

Selain itu, Apple juga telah mengumumkan beberapa permainan baharu di bawah kategori Apple Arcade Originals, antaranya adalah Fantasian yang kami laporkan awal hari ini. Berikut adalah antara yang disertakan;

  • Clap Hanz Golf
  • Cut the Rope Remastered
  • Fantasian
  • NBA 2K21 – Arcade Edition
  • Simons Car: Story Time
  • SongPop Party
  • Star Trek: Legends
  • Taiko no Tatsujin: Pop Tat Beat
  • The Oregon Trail
  • Wonderbox: The Adventure Maker
  • World of Demons

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Sohor Kini