EA dan Velan Studios telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan sesi beta terbuka untuk permainan Knockout City, iaitu permainan iaitu permainan kompetitif dodgeball secara dalam talian. Sesi beta terbuka ini juga akan menyokong rentas platform di mana ia dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.
Melalui sesi beta ini pemain akan mendapat akses kepada 4 peta, 5 bola berbeza dan tiga mod permainan dan juga pelbagai pilihan barangan kosmestik untuk dicuba. Pemain juga boleh melakukan Private Matches untuk bermain dengan rakan. Berikut adalah jadual untuk setiap mod permainan;
- Team KO
- Bermula: 2 April, 9 Malam
- Akhir: 4 April, 9 Pagi
- Face-Off
- Bermula: 2 April, 9 Malam
- Akhir: 3 April, 2 Pagi
- Diamond Dash
- Bermula: 3 April, 2 Pagi
- Akhir: 4 April, 10 Pagi
Jika anda ingin mencuba beta terbuka ini, Knockout City sudah-pun boleh dimuat turun dan juga dipasang sebelum sesi dibuka pada malam ini. Pemain yang mencuba sesi beta ini juga akan mendapat dua barangan kosmetik untuk digunakan di dalam permainan penuh yang akan tiba pada 21 Mei kelak.