505 Games sebelum ini telah mengumumkan yang mereka membeli IP untuk Ghostrunner daripada pembangun One More Level dan hari ini mereka telah mengumumkan perancangan kandungan tambahan untuk permainan tersebut yang akan tiba sepanjang tahun ini.
Pada suku kedua tahun ini, mereka akan menyertakan mod baharu iaitu Kill Run, ia juga akan menyertakan mod Foto serta akan tiba untuk platform Amazon Luna. Pada Suku ketiga tahun ini, mereka akan menyertakan berkas dan mod permainan baharu dan pada akhir tahun akan hadir dengan pek Ultimate serta kemaskini untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series.
Ghostrunner sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC. Kami sebelum ini telah mengeluarkan ulasan untuk permainan ini dan menganggap ia antara permainan terbaik tahun lepas.