PUBG Corp telah mengumumkan yang mereka akan menamatkan penawaran PUBG Lite pada bulan ini. Ia sudahpun tidak boleh dimuat turun, manakala pada 29 April ini perkhidmatan akan ditamatkan secara terus. Jika anda menggunakan PUBG Lite, sokongan pengguna akan dibuka setakat 29 Mei sahaja.
PUBG Lite dilancarkan untuk pengguna PC yang ingin bermain PUBG tetapi tidak mempunyai PC ataupun laptop berkuasa tinggi. Ia telah tiba secara beta pada awal tahun 2019, dan tidak pernah dikeluarkan daripada peringkat beta sehingga penutupan ini.
Walaupun mereka tidak berkongsi data, akan tetapi kami merasakan ia kurang mendapat sambutan kerana menggunakan akaun yang berlainan dengan PUBG versi PC yang biasa.