Kemaskini: Permainan PS Plus untuk bulan April iaitu Oddworld: Soulstorm, Days Gone, Lego Worlds dan X-Morph: Defense kini boleh ditebus. Oddworld: Soulstorm boleh dimainkan di PlayStation 5 sahaja akan tetapi masih lagi boleh ditebus oleh semua pelanggan PS Plus melalui pautan ini.


Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan April untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan empat permainan percuma yang boleh ditebus bermula 6 April sehingga 5 Mei 2021;

  • Oddworld: Soulstorm (PS5)
  • Days Gone (PS4)
  • Lego Worlds
  • X-Morph: Defense

Dengan Days Gone sudah disertakan di dalam PS Plus Collection bagi pemilik PlayStation 5, oleh itu, tawaran melalui PS Plus ini sudah semestinya adalah khusus untuk pemilik PlayStation 4 sahaja. Manakala Oddworld: Soulstorm walaupun turut dikeluarkan untuk PS4, ia hanya ditawarkan untuk pemilik PS5.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Days Gone melalui pautan ini dan X-Morph: Defense melalui pautan ini.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan Mac anda masih boleh melakukannya sehingga 5 April 2021.

Sohor Kini