Skip to main content

Ghostrunner merupakan permainan aksi yang dibangunkan oleh One More Level, hari ini, 505 Games iaitu penerbit untuknya telah mengumumkan mereka telah membeli hak IP bagi permainan tersebut daripada pembangun dengan nilai €5 juta (~RM24 juta).

Walaupun selepas pertukaran hak milik ini, One More Level akan terus menerima keutungan daripada penjualan permainan pertama untuknya. Ghostrunner telah membuat keuntungan pada hari pertama pelancaran lagi dan telah terjual 500 ribu unit setakat ini.

Ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC. Manakala versi PlayStation 5 dan Xbox Series telah diumumkan dan akan tiba sekitar tahun ini, pemilik di konsol berkaitan akan mendapat naik taraf secara percuma. Kami sebelum ini telah mengeluarkan ulasan untuk permainan ini dan menganggap ia antara permainan terbaik tahun lepas.

Leave a Reply