Mihoyo hari ini telah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan Genshin Impact untuk PlayStation 5 tidak lama lagi. Versi ini akan menyertakan penambah-baikkan untuk visual dan juga prestasi permainan. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Versi PlayStation 5 ini akan menyertakan sokongan resolusi sehingga 4K dengan pengunaan tekstur yang lebih berkualiti. Selain itu, ia juga akan mengambil kelebihan penggunaan SSD untuk memberi pemuatan yang lebih pantas. Namun, buat masa ini mereka tidak mengumumkan jika ia akhirnya akan menyokong fungsi rentas akaun sepertimana versi PC dan peranti mudah alih.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PC dan juga peranti pintar iOS serta Android. Ia boleh dimuat turun secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.

Sohor Kini