5 Anime Menarik Untuk Suku Kedua Tahun 2021

Suku pertama tahun 2021 merupakan permulaan yang baik untuk peminat-peminat anime, terdapat pelbagai anime menarik yang telah dikeluarkan selain daripada 4 anime yang kami kongsi sebelum ini, tiga bulan lepas juga memperlihatkan Jujutsu Kaisen yang meneruskan musim pertamanya, begitu juga untuk Attack on Titans. Selain itu, Netflix juga telah hadir dengan siri anime berdasarkan permainan popular Dota: Dragon’s Blood.

Manakala untuk suku kedua iaitu bagi bulan April sehingga Jun, juga telah menawarkan beberapa anime menarik dan Netflix sendiri akan hadir dengan tiga siri anime tersendiri selepas menjanjikan lebih 40 siri anime pada tahun ini. Kami akan sertakan anime menarik yang akan tiba pada suku kedua tahun ini, musim baharu iaitu musim kelima untuk My Hero Academia sudah semestinya antara yang dinantikan dan menarik, namun oleh kerana episod pertama sudah pun dikeluarkan pada bulan ini, kami memberi ruang kepada anime lain untuk senarai ini.

Shaman King

Shaman King adalah siri manga yang dikeluarkan pada tahun 1998 sehingga 2004, ia sebelum ini telah menerima siri anime pada tahun 2001 sehingga 2002. Bermula 1 April ini, siri anime baharu akan dikeluarkan oleh studio Bridge. Ia adalah mengenai Yoh Asakura yang cuba untuk menjadi Shaman King dengan memenangi Shaman Fight. Shaman adalah manusia yang berkebolehan untuk berhubung dengan hantu, roh dan juga tuhan. Ia tersenarai di Netflix tetapi tidak disahkan lagi tarikh siaran.

Way of The Househusband

Pada 8 April ini, Netflix akan hadir dengan siri anime untuk manga popular iaitu Gokushufudo ataupun Way of The Househusband. Ia adalah siri komedi mengenai seorang ketua Yakuza digeruni bernama Immortal Tatsumi yang berhenti menjadi Yakuza apabila dia berkahwin. Sebaliknya, dia menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

Tokyo Revengers

Tokyo Revengers adalah siri manga Shonen Jump yang bermula pada tahun 2017 dan masih lagi berterusan sehingga sekarang. Siri anime akan bermula pada 11 April dan anda boleh tontonnya melalui channel Youtube Muse Malaysia. Ia adalah mengenai Takemichi Hanagaki yang berasa kecewa apabila bekas kekasihnya Hinata Tachibana dibunuh oleh Tokyo Manji Gang. Secara tiba-tiba dia telah kembali ke 12 tahun masa lepas, dan telah cuba untuk memasuki Tokyo Manji Gang dan menghalang daripada pembunuhan Hinata.

Eden

Eden adalah siri anime yang memfokuskan dunia sains fiksyen dan bertempat-kan beribu tahun di hadapan di satu bandaraya yang dinamakan Eden 3. Melaluinya, sebuah robot secara tidak sengaja mengejutkan bayi perempuan daripada tidur ‘stasis’, sekaligus robot tersebut membesarkan bayu tersebut. Eden akan tiba di Netflix pada 27 Mei 2021.

Record of Ragnarok

Record of Ragnarok adalah anime berdasarkan manga berjudul sama ataupun Shūmatsu no Walküre di Jepun yang ditulis oleh Shinya Umemura dan Takumi Fukui. Siri manga dikeluarkan sejak tahun 2017 lagi dah masih berterusan sehingga hari ini. Ia mengisarkan mengenai 13 ‘tuhan’ dan 13 manusia bertanding di dalam perlawanan 1 lawan 1 untuk menentukan nasib manusia. Ia akan tiba Jun ini tetapi masih tiada tarikh tetap.


Seperti biasa, anime yang kami senaraikan di atas adalah beberapa pilihan sahaja daripada pelbagai anime lagi yang akan dikeluarkan pada bulan April sehingga Jun tahun ini, antaranya adalah Zombieland Saga: Revenge iaitu musim kedua untuk Zombieland Saga, Megalobox juga akan menerima musim kedua. Selain, Shaman King, kesemua tarikh siaran yang dinyatakan adalah juga untuk penonton di Malaysia.

Sohor Kini