Deadline telah melaporkan yang Adam Wingard iaitu pengarah untuk filem Godzilla vs Kong akan menjadi pengarah untuk filem Thundercats oleh Warner Bros. Thundercats adalah siri animasi klasik yang dikeluarkan pada tahun 1985 sehingga 1988.
Filem ini sudah dibangunkan oleh Dan Lin dan Roy Lee yang pernah berkerjasama dengan Adam Wingard untuk filem aksi nyata Death Note. Skrip asal ditulis oleh David Coggeshall tetapi akan diubah oleh Wingard bersama dengan Simon Barret.
Menurut Adam Wingard, filem ini akan menggunakan campuran animasi dan CGI di mana watak akan nampak realistik. Beliau juga menegaskan yang tidak ingin menjadikannya satu filem aksi nyata dan tidak ingin menghasilkan sesuatu seperti Cats.