Anime Black Clover Diumumkan Bakal Menerima Filem

Siri anime Black Clover akan mendapat episod terakhirnya hari ini, walaupun manga akan diteruskan akan tetapi masih tiada pengasahan jika siri anime akan turut menerima tambahan episod. Namun, Shonen Jump telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem untuk siri anime tersebut.

Adakah filem ini akan digunakan untuk menutup pengakhiran siri anime yang tergantung ataupun ia akan membawa satu penceritaan berbeza? Mereka tidak mengesahkannya lagi akan tetapi Shonen Jump mengatakan yang maklumat lanjut mengenai filem tersebut akan dikongsi dalam masa terdekat.

Anime Black Clover buat masa ini mempunyai 4 musim dengan jumlah 170 episod secara keseluruhan dengan manga masih diteruskan, siri anime mungkin akan kembali di masa hadapan.

Sohor Kini