EA Sports mengumumkan yang mereka sedang membangunkan permainan terbaru untuk siri PGA Tour yang kali terakhir dikeluarkan adalah pada tahun 2015. Mereka mengatakan yang permainan ini sedang dibangunkan untuk konsol generasi baharu (terkini) yang mungkin merujuk kepada PlayStation 5 dan Xbox Series.
Permainan ini akan menyertakan pelbagai kejohanan PGA Tour seperti THE Players Championship, FedExCup Playoffs dan pelbagai lagi acara. Ia juga akan menyertakan padang-padang golf popular termasuk juga pemain golf terkenal. Dengan Tiger Wood telah menjadi muka kepada PGA Tour 2K, EA sudah semestinya akan menggunakan pemain lain.
Pengumuman lanjut mengenai permainan ini akan dikongsi kelak, manakala tarikh pelancaran akan diumumkan pada bulan-bulan depan.