Ratchet & Clank Akan Menerima Kemaskini Untuk Mod 60FPS Di PS5

Insomniac Games mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan satu kemaskini untuk permainan Ratchet & Clank yang akan membolehkan permainan tersebut dimainkan dengan kadar kelancaran 60FPS di konsol PlayStation 5. Kemaskini tersebut akan tiba sekitar bulan April.

Ratchet & Clank adalah permainan olahan semula untuk siri ini yang dikeluarkan pada tahun 2016 ia juga merupakan adaptasi kepada filem Ratchet & Clank dikeluarkan pada tahun 2016 yang juga adalah adaptasi kepada permainan asal yang dikeluarkan pada tahun 2002.

Sehingga 1 April 2021, anda boleh dapatkan permainan ini secara percuma untuk PlayStation 4 dan juga PlayStation 5 tanpa memerlukan langganan PS Plus sebagai sebahagian daripada tawaran Play at Home yang juga menawarkan 8 permainan indie.

Sohor Kini