Skip to main content

Kemaskini: CD Projekt Red telah melancarkan kemaskini 1.2 untuk Cybeprunk 2077 yang menyertakan pelbagai penambah-baikkan untuk permainan tersebut. Kemaskini bersaiz 44GB untuk PS4/PS5, 40GB untuk Xbox One/Xbox Series dan 34GB untuk PC.


CD Projekt Red sebelum ini menjanjikan dua kemaskini utama untuk Cyberpunk 2077 pada wal tahun 2021. Kemaskini 1.1 sudah dikeluarkan sebelum ini, dan kemaskini utama seterusnya adalah 1.2. Ia sepatutnya tiba pada Februari lepas, akan tetapi akibat sistem dalaman mereka telah digodam, mereka terpaksa mengambil masa yang lebih lama.

Kini, mereka telah mengatakan yang kemaskini tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi dan telah menyertakan satu senarai panjang senarai masalah yang akan diselesaikan melalui kemaskini ini. Sebelum ini mereka memfokuskan kepada AI untuk Polis, di mana ia tidak lagi akan muncul secara tiba-tiba. Selain itu, pemanduan juga akan diperbaiki untuk tidak lagi member perasaan ia terlalu terapung. Anda boleh baca senarai penuh penambah-baikkan yang disertakan melalui pautan ini.

Walaupun ia adalah satu senarai panjang, termasuk juga khusus untuk konsol, mereka tidak mengatakan jika permainan tersebut akan kembali ditawarkan melalui PS Store. Namun, bagi anda yang memiliki permainan ini secara digital dan tidak meminta pembayaran balik, ataupun memiliki secara fizikal ia masih lagi boleh dikemaskini.

Leave a Reply