PUBG Mobile telah menyambut ulang tahun ke-3 mereka dengan mengumumkan yang permainan tersebut telah dimuat turun sebanyak 1 bilion kali. Selain itu, mereka juga telah mengumumkan bakal hadir dengan acara kolaborasi bersama dengan filem Godzilla vs Kong. Pengumuman tersebut boleh ditonton di bawah.
Buat masa ini maklumat untuknya masih tidak dikongsi dengan penuh, akan tetapi berdasarkan perkongsian oleh pengarah Godzilla vs Kong, Adam Wingard, satu mod baharu akan disertakan yang membolehkan pemain untuk bertempur dengan Godzilla dan juga Kong. Ini bukanlah pertama kali PUBG Mobile mengajurkan acara kolaborasi dengan filem MonsterVerse, sebelum ini mereka melakukan perkara yang sama untuk filem Godzilla: King of Monsters.
Namun, buat masa ini kita hanya boleh nantikan maklumat lanjut mengenai acara kolaborasi ini dan apa yang akan disertakan oleh mereka. Filem Godzilla vs Kong sudahpun ditayangkan di Malaysia dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.