Filem aksi nyata Dynasty Warriors akan ditayangkan di China dan Hong Kong pada 27 April 2021, dan buat masa ini ia hanya disahkan untuk pawagam-pawagam di dua negara tersebut. Namun, berdasarkan laporan oleh media di China, Netflix telah mendapat hak siaran untuknya dan berkemungkinan untuk pasaran luar China.

Filem ini diarahkan oleh Roy Hin Yeung Chow dan ditulis oleh Guanzhong Luo iaitu penulis asal untuk Romance of the Three Kingdoms yang menjadi sumber kepada permainan Dynasty Warrior dan Chi-long To untuk menulis lakon layar. Penceritaan mengikut kepada kisah pemberontakan Yellow Turban sehingga kejatuhan Dong Zhuo.

Berdasarkan treler yang dikongsi, jelas filem ini tidak melakukan perubahan yang besar berbanding permainan video termasuk juga bagaimana pertempuran dilakukan. Ia mungkin nampak aneh apabila dilakukan secara aksi nyata akan tetapi ia mungkin sesuatu yang diinginkan oleh pemain permainan ini.

Sohor Kini