Capcom telah mengumumkan yang selepas 3 hari dilancarkan, Monster Hunter Rise telah diedarkan sebanyak 4 juta unit. Ia pencapaian yang menghampiri kejayaan permainan sebelum ini iaitu Monster Hunter World yang mencatat 5 juta unit untuk tempoh yang sama tetapi ia dikeluarkan untuk dua konsol iaitu PS4 dan Xbox One berbanding Rise yang dikeluarkan untuk Switch sahaja pada masa ini.

Selepas dikeluarkan, Monster Hunter Rise telah diterima dengan baik oleh pemain dengan menyertakan pelbagai mekanik baharu yang dikatakan telah menjadikan ia satu permainan yang lebih baik berbanding tetapi sebelum ini dan pada masa sama menjadikan ia lebih mudah untuk diikuti oleh pemain-pemain baharu.

Monster Hunter Rise sudah dikeluarkan pada 26 Mac lepas untuk Nintendo Switch, ia juga akan dikeluarkan untuk PC sekitar awal tahun 2022.

Sohor Kini