Pengarah Anthem, Jonathan Warner telah mengumumkan yang beliau meninggalkan BioWare selepas hampir 10 tahun bersama dengan studio tersebut untuk mencari sesuatu yang baharu. Sebelum menjadi pengarah untuk Anthem, beliau terlibat dengan pelbagai permainan BioWare, antaranya Mass Effect 3.
Pada bulan Februari lepas, EA telah mengumumkan yang mereka menghentikan sebarang pembangunan untuk Anthem, walaupun permainan tersebut boleh terus dimainkan akan tetapi ia tidak akan menerima penambahan kandungan dan Anthem 2.0 juga telah dibatalkan.
Jonathan Warner juga mengatakan yang beliau akan terus menyokong BioWare dan mengatakan permainan seperti Dragon Age, Mass Effect dan juga Star Wars sedang dibangunkan oleh pasukan yang baik.