Crash Bandicoot: On the Run iaitu permainan mudah alih berdasarkan siri popular platformer tersebut telah dilancarkan di iOS dan juga Android. Berdasarkan data oleh Sensor Tower yang diberikan kepada Eurogamer, permainan mudah alih tersebut telah dimuat turun sebanyak 8 juta kali pada hari pelancaran.
Berbanding permain asal iaitu platform, permainan mudah alih ini lebih kepada genre endless runner tetapi pemain boleh menggunakan watak daripada siri permainan tersebut, antaranya Crash, Coco dan juga watak-watak antagonis permainan tersebut, Dr Neo Cortex, Nina dan Fake Crash.
Crash Bandicoot: On the Run dibangunakan oleh King iaitu penerbit untuk permainan Candy Crush yang juga studio di bawah Activision Blizzard yang mengeluarkan permainan utama Crash Bandicoot.