Skip to main content

Back 4 Blood merupakan permainan yang boleh dikatakan sebagai susulan kepada Left 4 Dead, walaupun tidak dibangunkan oleh Valve, ia dibangunkan oleh pembangun asal untuk permainan popular menembak zombi tersebut. Minggu lepas, Turtle Rock Studios telah mengumumkan yang Back 4 Blood hanya akan dikeluarkan pada 12 Oktober 2021 berbanding 22 Jun 2021 yang diumumkan sebelum ini.

Mereka mengatakan yang, pembangun masih lagi bekerja keras untuk memastikan permainan ini dikeluarkan dengan kualiti terbaik dan memerlukan lebih masa untuk melakukannya. Permainan ini sebelum ini telah melalui versi alfa, dan menerima penerimaan yang positif terutama tahap kesukaran yang tinggi.

Back 4 Blood diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply