Skip to main content

Ubisoft hari ini telah melancarkan DLC kedua untuk pemrainan aksi pengembaraan Immortals Fenyx Rising iaitu Myths of Eastern Realm. DLC kali ini memfokuskan kepada kandungan berdasarkan legenda serta mitos dari China di mana ia dibangunkan oleh Ubisoft Quebec bersama dengan Ubisoft Chengdu.

Myths of the Eastern Realm akan menyertakan watak hero baharu bernama Ku yang akan mengembara di dalam satu pengembaraan berdasarkan mitos China iaitu ‘Nuwa Mends the Heavens’. Ku perlu membantu Nuwa untuk membaiki rengkahan di langit dan menyelamatkan manusia. Melaluinya, pemain akan berjumpa dengan pelbagai watak termasuk juga raksasa berdasarakan mitos serta kebudayaan China.

Ia juga akan menyertakan pelbagai mekanik permainan baharu seperti morph cubes, clouds, bamboo, wind controller dan air rings. Pemain juga boleh mendapatkan kebolehan baharu seperti Nuwa’s Agility, Blades of Huang Di dan Axe of Yan Di.

Pemain boleh dapatkan DLC ini secara berasingan dengan harga RM45 ataupun pas semusim yang akan menyertakan tiga DLC penambahan iaitu RM125. Immortals Fenyx Rising sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Leave a Reply