Housemarque telah mengumumkan yang permainan seterusnya oleh mereka iaitu Returnal sudah siap dibangunkan dan mengesahkan tarikh pelancaran iaitu pada 30 April 2021. Ia akan dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5.

Returnal adalah permainan aksi pengembaraan roguelite, yang akan meletakkan pemain sebagai Selene iaitu seorang angkasawan yang terperangkap di dalam satu kitaran di planet Atropos. Anda boleh baca pandang pertama berdasarkan video yang dikongsi oleh Housemarque dan juga temubual bersama mereka di pautan ini.

Returnal kini boleh di pra-tempah melalui PS Store dengan harga RM299 untuk edisi biasa, RM339 untuk edisi Deluxe yang menyertakan pelbagai barangan di dalam permainan.

Sohor Kini