Sega telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan Total War: Rome Remastered yang akan dibangunkan oleh Feral Interactive. Ia adalah versi penambah-baikkan untuk Total War: Rome yang dikeluarkan pada tahun 2004. Ia akan menyertakan peningkatkan kualiti grafik termasuk juga menyokong resolusi UHD.

Total War: Rome Remastered akan dikeluarkan pada 29 April 2021 untuk PC melalui Steam, di mana anda boleh pra-tempah bermula sekarang dengan harga RM95, jika anda memiliki permainan asal anda juga layak mendapat potongan 50%. Tawaran ini adalah sehingga 1 Jun 2021 sahaja. Bagi mengelak kekeliruan, Sega juga telah nyah-senarai permainan asal daripada Steam.

Permainan ini juga boleh dimainkan di Linux dan Mac, untuk di Mac mereka juga akan mengeluarkan secara terus melalui Mac App Store di mana versi tersebut akan menyokong cip M1 secara terus. Versi Steam akan menggunakan Rosetta 2.

Sohor Kini