SEGA dan Amplitude Studios telah mengumumkan yang mereka menunda tarikh pelancaran untuk permainan strategi Humankind ke 17 Ogos 2021 berbanding April 2021 yang diumumakan sebelum ini, di mana pra-tempah untuknya turut dibuka.
Mereka mengatakan yang Humankind adalah satu permainan penting dan ingin menghasilkan permainan terbaik sebelum ia dilancarkan dan ingin memastikan pada hari pertama lagi ia boleh dimainkan dengan baik.
Bagi yang berminat untuk pra-tempah, ia boleh dilakukan untuk PC melalui Steam, Epic Games Store dengan dengan harga RM152.15 selepas 15% diskaun khas. Harga penuhnya ia akan dijual dengan harga RM179.