IO Interactive telah mengumumkan yang permainan pembunuh upahan mereka Hitman 3 akan menerima DLC berbayar iaitu Seven Deadly Sins. DLC ini akan menyertakan 7 bahagian iaitu setiap “deadly sins” seperti Greed, Pride, Sloth, Lust, Glutony, Wrath dan Envy.
Setiap bahagian akan memfokuskan kepada tema untuk dosa-dosa tersebut, dan akan menyertakan satu kontrak, kostum dan juga barangan khas yang boleh digunakan di mod permainan lain. Ia juga akan menyertakan mekanik permainan baharu bergantung kepada tema bahagian tersebut.
Bahagian pertama adalah Greed yang akan dilancarkan pada 30 Mac ini dan anda boleh tonton treler untuknya di bawah. Ia akan menyertakan satu Escalation iaitu The Greed Enumeration yang membolehkan pemain untuk membawa barangan tertentu untuk setiap tiga peringkat. Kostum Rapacious Suit dan juga dua barangan iaitu Greedy Little Coin dan The Devil’s Cane.
Setiap bahagian DLC ini boleh dibeli secara berasingan dengan harga $4.99 ataupun kesemuanya dengan harga $29.99 buat masa ini tarikh pelancaran untuk bahagian-bahagian lain masih tidak diumumkan.
Hitman 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Hitman 3 – Penutup Yang Baik Tetapi Terlalu Selamat.